KOMPASSENi...

kreatif & kritis... inovatif... produktif... dan berinformatif.

  • BiSMiLLAaHirRAHMAaNirRAHiMm & Salam 1 Dunia... Az-Zuhri rahimahullah berkata kepada Yunus bin Yazid: Janganlah engkau merasa sombong terhadap ilmu kerana ilmu adalah lembah-lembah. Yang manapun engkau tempuh dia akan mengalahkanmu sebelum engkau mencapainya. Akan tetapi ambillah ilmu itu bersamaan dengan perjalanan siang dan malam. Dan janganlah engkau mengambil ilmu sekaligus kerana barangsiapa yang mengambil ilmu sekaligus akan hilang pula sekaligus. Akan tetapi ambillah ilmu sedikit demi sedikit bersamaan dgn perjalanan siang dan malam. ''Sekadar tahu sahaja berkenaan kecemerlangan tidak mencukupi. Kita perlu cuba mendapatkannya dan menggunakannya’’ (Aristotle). Orang yang terulung di dunia asalnya bukannya mereka tak ada apa-apa kelemahan @ kekurangan. Tetapi mereka cekal + nekad mau BERJAYA. Usaha berterusan, jatuh bangun perkara wajib ditempuhi, bermandikan peluh dan air mata perkara pasti.. Hendak saja tak cukup.. bercakap + berbuat.. Tiap yang Berjaya itu bukan tak ada kelemahan, tetapi mereka bijak mengurus kelemahannya dan bijak juga memanfaatkan kelebihannya walau apa pun halangan, rintangan, gangguan dan kekangan melanda tetap memandang cita-cita nan SATU: ‘‘BERJAYA’’. (SUHAINA: 2010)

Apa Itu Kreativitivi ?

Posted by SUEHAiNA On Saturday, April 24, 2010 0 comments

Berdasarkan Buku SENI KRAF BATIK PEWARNAAN ASLI, kreativiti merupakan:


1. Keupayaan/ kemampuan

Definisi mudahnya ialah: keupayaan untuk:
  • Keupayaan untuk membayangi/ imaginasi atau penemuan sesuatu yang baharu.
  • Keupayaan untuk menjana idea baharu dengan cara:

- Menyatukan

- Menukar/ merubah

- Mengaplikasikan semula idea sedia ada


2. Sikap

Kreativiti juga merupakan sikap:

  • Keupayaan untuk menerima perubahan dan pembaharuan
  • Bersedia untuk bermain dengan idea-idea dan pelbagai kemungkinan
  • Fleksibiliti, iaitu mempunyai kecenderungan untuk menyukai sesuatu yang baik dan mencari jalan memperbaikinya lagi

3. Proses

Orang yang kreatif sentiasa bekerja keras secara berterusan untuk memperbaiki idea dan keputusan permasalahannya dengan membuat penambahbaikan secara berterusan. ia memperhalusi kerja-kerjanya dan tidak cepat berpuas hati dengan apa yang dihasilkan.

Orang yang kreatif sedar bahawa ruang untuk memperbaiki apa sahaja yang dihasilkan sentiasa ada.

Berdasarkan tiga aspek di atas, sekurang-kurangnya setiap tindakan kita dalam meneroka dan mengkaji sumber alam misalnya sebagai bahan untuk berkreatif tertakluk kepada batasan dan panduan yang menggerakkan kita ke arah bekerja dengan berhemah. idea yang diperolehi dari sumber alam digunakan dengan pertimbangan kesedaran bahawa setiap satu amat berharga. justeru kita tidak akan sewenang-wenangnya rakus dalam penggunaannya.

Usaha pendokumentasian bahan dilakukan melalui tiga aspek kreativiti tersebut secara sedar untuk menjamin bahan yang dihasilkan bermutu, benar, asli. Seni dapat memperkasa dan mencabar kehidupan seseorang. Interpretasi terhadap alam sekeliling membuka luas ruang kreativiti manusia. Percubaan-percubaan kreatif dan kemungkinan-kemungkinan unik berhubungan dengan persekitaran kehidupan kita diharungi dengan berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Kreativiti menuntut komitmen yang berterusan dan memperhalusi setiap cetusan idea-idea dan usaha penyelesaian masalah. Secara kritisnya, bahan yang diperolehi dari hasil sumber asli dikaji dan diciptakan formula untuk menjamin mutu dan ketahanan serta kesan bila diaplikasikan pada mana-mana permukaan.

Rujukan:

Dzul Haimi Md. Zain & Zakaria Ali (peny.), 2009. Seni Kraf batik Pewarnaan Asli. Selangor: Institut Kraf Tangan Negara.

Categories:

0 Response for the "Apa Itu Kreativitivi ?"

    Powered By Blogger

    ADAKAH ANDA FIKIR BLOG INI BERMANFAAT?