KOMPASSENi...

kreatif & kritis... inovatif... produktif... dan berinformatif.

  • BiSMiLLAaHirRAHMAaNirRAHiMm & Salam 1 Dunia... Az-Zuhri rahimahullah berkata kepada Yunus bin Yazid: Janganlah engkau merasa sombong terhadap ilmu kerana ilmu adalah lembah-lembah. Yang manapun engkau tempuh dia akan mengalahkanmu sebelum engkau mencapainya. Akan tetapi ambillah ilmu itu bersamaan dengan perjalanan siang dan malam. Dan janganlah engkau mengambil ilmu sekaligus kerana barangsiapa yang mengambil ilmu sekaligus akan hilang pula sekaligus. Akan tetapi ambillah ilmu sedikit demi sedikit bersamaan dgn perjalanan siang dan malam. ''Sekadar tahu sahaja berkenaan kecemerlangan tidak mencukupi. Kita perlu cuba mendapatkannya dan menggunakannya’’ (Aristotle). Orang yang terulung di dunia asalnya bukannya mereka tak ada apa-apa kelemahan @ kekurangan. Tetapi mereka cekal + nekad mau BERJAYA. Usaha berterusan, jatuh bangun perkara wajib ditempuhi, bermandikan peluh dan air mata perkara pasti.. Hendak saja tak cukup.. bercakap + berbuat.. Tiap yang Berjaya itu bukan tak ada kelemahan, tetapi mereka bijak mengurus kelemahannya dan bijak juga memanfaatkan kelebihannya walau apa pun halangan, rintangan, gangguan dan kekangan melanda tetap memandang cita-cita nan SATU: ‘‘BERJAYA’’. (SUHAINA: 2010)

INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Posted by SUEHAiNA On

INOVASI DALAM PENDIDIKAN

     Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas.
     Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.
Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.
     Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
     ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem.
     Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
     Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.
     Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.
     Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.
     Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:

  • Merupakan penghasilan baru

  • Berbentuk maujud dan mujarad

  • Berdasarkan proses penyusunan semula

  • Dengan menggunakan unsur yang sedia ada

  • Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai
     Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:
1. Peringkat individu
2. Peringkat organisasi


Peringkat Individu
     Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi.


Peringkat Organisasi
     Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum.
    Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik iaitu dengan cara:

  1. Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem

  2. Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas

  3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk diperoleh secara sistematik

  4. Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentang bahaya dan ancaman dari luar dan dalam organisasi (Bryson dan Kaufman, 1988)
     Kelly Dan Littman (2000) dalam bukunya The Art of Innovation menggariskan elemen-elemen asas inovasi bagi apa jua organisasi, khususnya syarikat-syarikat iaitu:



  1. Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam persekitaran, khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkara yang menyusahkan dan dibenci oleh manusia.

  2. Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apa jua perkara dan benda yang digemari oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah pada pengguna dan klien.

  3. Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangan tentang maklumat dan fakta yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku secara berterusan.

  4. Inovasi memerlukan lapan jenis manusia iaitu, jemaah tadbir berwawasan (visionaries), penentu masalah (troublesshooter), pengkritik (iconoclast), detektif, seni ketukangan (craftman), teknokrat, pemaju (enterpreneur) dan pereka bentuk fleksibel.

  5. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan keberanian untuk mencuba idea yang unik dan ganjil.

  6. Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan inovasi, suasana yang mendorong inovasi dan penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baru dan mencipta nama baru.

  7. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapan
     Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Berdasarkan cara ini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh penerima tidak semestinya apa yang dihajati oleh penyampai asalnya. Ataupun jika difahami seperti apa yang dihajati, ada kemungkinan tidak dipersetujui.
     Selain halangan dari segi pergeseran maklumat mengenai inovasi pendidikan itu, strategi kursus juga memerlukan kos yang tinggi, bilangan penyampai yang ramai, halangan pentadbiran yang banyak, hingga dengan itu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan. Antara masalah lain yang wujud dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:

  1. Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu luas dan umum bagi mendapat sesuatu persetujuan

  2. Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin diperkenalkan adalah terhad justeru ketiadaan pengetahuan dan pengalaman mengenainya

  3. Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalam usaha ke arah inovasi pendidikan adalah dilakukan secara sendiri-sendiri dan bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia tidak mengkhusus dan tidak berterusan. Justeru timbul masalah kesinambungan antara kajian-kajian dan kemantapan hasil

  4. Pengwajaran dan perimbangan untuk tujuan inovasi pendidikan sering mempergunakan kriteria-kriteria yang terhad. Halangan-halangan dan kekangan-kekangan telah membatasi kriteria ini ke takat apa yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dan bukan oleh keperluan yang berbangkit

  5. Kesan sampingan yang negatif yang berlaku semasa sesuatu inovatif pendidikan dijalankan telah tidak dipulihkan. Ini mengancam kredibiliti malahan keberkesanan inovasi yang dihajatkan.

  6. Sokongan untuk sesuatu inovasi pendidikan tidak konsisten. Ini bermakna sokongan-sokongan yang sangat diharapkan malah diperlukan oleh pentadbir, pendidik dan guru-guru dalam usaha menjayakan inovasi ini sering tergugat, tidak kukuh dan tidak berterusan. Sokongan ini sangat perlu lebih-lebih lagi di peringkat usaha inovasi tersebut.

  7. Wujud perbezaan dan bertentangan pendapat di kalangan pendidik sendiri dalam usaha memperoleh inovasi pendidikan.

  8. Terdapat kurangnya sambutan daripada pencadang inovasi sendiri terhadap kritikan-kritikan yang datang daripada orang ramai. Biasanya jika ada sambutan yang diberikan, ia lebih merupakan ssuatu usaha pewajaran sahaja dari pihak pencadang inovasi dan bukannya satu penjelasan yang berbentuk teknikal dan empirikal.

  9. Wujudnya kekeliruan berhubung definisi dan keperluan inovasi pendidikan di kalangan penyampai sendiri dan juga di kalangan penerima.
  10. Terdapat kecenderungan di kalangan penyampai inovasi mengambil, menerima, memperaku dan menggunakan inovasi pendidikan yang di bentuk oleh negara lain dengan andaian ia sesuatu untuk kegunaan di negeri ini.
  Sumber: Dipetik daripada MudahBelajar.Com (Sifoosidee)

    Powered By Blogger

    ADAKAH ANDA FIKIR BLOG INI BERMANFAAT?