KOMPASSENi...

kreatif & kritis... inovatif... produktif... dan berinformatif.

  • BiSMiLLAaHirRAHMAaNirRAHiMm & Salam 1 Dunia... Az-Zuhri rahimahullah berkata kepada Yunus bin Yazid: Janganlah engkau merasa sombong terhadap ilmu kerana ilmu adalah lembah-lembah. Yang manapun engkau tempuh dia akan mengalahkanmu sebelum engkau mencapainya. Akan tetapi ambillah ilmu itu bersamaan dengan perjalanan siang dan malam. Dan janganlah engkau mengambil ilmu sekaligus kerana barangsiapa yang mengambil ilmu sekaligus akan hilang pula sekaligus. Akan tetapi ambillah ilmu sedikit demi sedikit bersamaan dgn perjalanan siang dan malam. ''Sekadar tahu sahaja berkenaan kecemerlangan tidak mencukupi. Kita perlu cuba mendapatkannya dan menggunakannya’’ (Aristotle). Orang yang terulung di dunia asalnya bukannya mereka tak ada apa-apa kelemahan @ kekurangan. Tetapi mereka cekal + nekad mau BERJAYA. Usaha berterusan, jatuh bangun perkara wajib ditempuhi, bermandikan peluh dan air mata perkara pasti.. Hendak saja tak cukup.. bercakap + berbuat.. Tiap yang Berjaya itu bukan tak ada kelemahan, tetapi mereka bijak mengurus kelemahannya dan bijak juga memanfaatkan kelebihannya walau apa pun halangan, rintangan, gangguan dan kekangan melanda tetap memandang cita-cita nan SATU: ‘‘BERJAYA’’. (SUHAINA: 2010)


Asslamualaikum wbt...


Saya tersuntik ingin kongsikan sedikit ilmu dengan rakan-rakan berkenaan kedudukan jadual (table) dan rajah yang merangkumi gambar foto/ ilustrasi/ graf dalam penulisan ilmiah sama ada letaknya di dalam lampiran atau bersama teks penulisan.


Berdasarkan pemahaman saya, hasil pertanyaan saya daripada Prof. Zakaria Ali, menurut beliau adalah ia terpulang pada style penulis atau sama ada hendak meletakkannya bersama teks atau di bahagian lampiran dengan syarat kita selaraskan dan mengikut format yang betul atau mengikut peraturan yang sudah ditetapkan bagi sesuatu institusi (seperti yang dr. cakap, UM mewajibkan jadual dan rajah diletakkan di bahagian lampiran bukan bersama dalam teks penulisan). Maksud selaras di sini adalah jika kita hendak menerangkan sesuatu menggunakan rajah/ jadual bersama teks dalam penulisan kita itu dan bukan di letakkan dalam bahagian lampiran, maka seharusnya semuanya begitu dan sebaliknya. Format yang betul pula bermaksud, kita seharusnya menggunakan format yang betul dari segi bagaimana hendak melabelkan rajah/ jadual kita tersebut sama ada letaknya ia di bahagian lampiran atau bersama teks penerangan kita.


Maka di sini, saya perturunkan format penulisan jadual dan rajah yang diperoleh daripada ‘’Panduan Penulisan Disertasi Institut Pengajian Siswazah UPSI’’ yang mana pada pemahaman saya, ia mengamalkan jadual/ rajah adalah bersama dengan teks penerangan, bukan diletakkan di bahagian lampiran segala rajah/ jadual berkenaan. Format tersebut adalah seperti berikut:


i. Jadual


Bentuk Jadual


  • Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis. Garis tegak tidak diperlukan sekiranya lajur mengadungi tajuk yang jelas perangkaan disusun menegak dengan betul.





Contoh:


Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Mengikut Jantina dan Mata Pelajaran ______________________________________________________________

                                Mata Pelajaran            Pelajar Lelaki            Pelajar Perempuan            
                   _______________________________________________________________


                                Matematik                           52                                72

                                Fizik                                    85                                65

                                Biologi                                 70                                86

                                 Kimia                                  66                                55

______________________________________________________________

  • Sekiranya jadual meliputi satu muka surat, calon boleh menyediakan jadual dalam bentuk lanskap.


Penomboran Jadual


Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor arab) dan keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor bab jadual.


Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya jadual dalam Bab 3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan seterusnya.






Kedudukan Jadual


Jadual mesti dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk dalam birai yang ditetapkan.


Perkataan Jadual, nombor dan keterangannya ditulis pada bahagian atas jadual tersebut. Contoh:










Jadual 4.3 Penggunaan istilah dalam kelas _________________________________________________________


Item Peratus _________________________________________________________


1. takat beku 81 %


2. takat didih 65 %


3. konduktor 77 %


_________________________________________________________






Jika jadual bersambungan pada muka surat berikutnya, baris atas muka surat hendaklah berbunyi (sebagai contoh) ‘Jadual 5, sambungan’. Keterangan tidak diulangi. Contoh:






Jadual 4.3 (Sambungan) _________________________________________________________


Item Peratus _________________________________________________________


4. pengklorinan 81 %


5. keterlarutan 65 %


6. pelarut organik 77 %


7.


8.


_________________________________________________________






Jika jadual petikan, rujukan mestilah dicatatkan.


























ii. Rajah


Rajah mungkin mengandungi gambar foto, ilustrasi, graf atau apa sahaja yang tidak menyerupai skrip atau jadual.






Kedudukan Rajah


Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya diletakkan di bawah rajah tersebut.


Jika rajah itu bersambung ke muka surat berikutnya, peraturan menulisnya sama seperti jadual.


Penomboran rajah juga berurutan.


Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan dengan kemas.










&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&& Semoga bermanfaat hendaknya.. Terima kasih.






Oleh:


SUHAINA ABDULLAH












    Powered By Blogger

    ADAKAH ANDA FIKIR BLOG INI BERMANFAAT?