KOMPASSENi...

kreatif & kritis... inovatif... produktif... dan berinformatif.

  • BiSMiLLAaHirRAHMAaNirRAHiMm & Salam 1 Dunia... Az-Zuhri rahimahullah berkata kepada Yunus bin Yazid: Janganlah engkau merasa sombong terhadap ilmu kerana ilmu adalah lembah-lembah. Yang manapun engkau tempuh dia akan mengalahkanmu sebelum engkau mencapainya. Akan tetapi ambillah ilmu itu bersamaan dengan perjalanan siang dan malam. Dan janganlah engkau mengambil ilmu sekaligus kerana barangsiapa yang mengambil ilmu sekaligus akan hilang pula sekaligus. Akan tetapi ambillah ilmu sedikit demi sedikit bersamaan dgn perjalanan siang dan malam. ''Sekadar tahu sahaja berkenaan kecemerlangan tidak mencukupi. Kita perlu cuba mendapatkannya dan menggunakannya’’ (Aristotle). Orang yang terulung di dunia asalnya bukannya mereka tak ada apa-apa kelemahan @ kekurangan. Tetapi mereka cekal + nekad mau BERJAYA. Usaha berterusan, jatuh bangun perkara wajib ditempuhi, bermandikan peluh dan air mata perkara pasti.. Hendak saja tak cukup.. bercakap + berbuat.. Tiap yang Berjaya itu bukan tak ada kelemahan, tetapi mereka bijak mengurus kelemahannya dan bijak juga memanfaatkan kelebihannya walau apa pun halangan, rintangan, gangguan dan kekangan melanda tetap memandang cita-cita nan SATU: ‘‘BERJAYA’’. (SUHAINA: 2010)

WELCOME TO MY PAGE

Posted by SUEHAiNA On Saturday, April 24, 2010 0 comments


Get a Voki now!

Apa Itu Kreativitivi ?

Posted by SUEHAiNA On Saturday, April 24, 2010 0 comments

Berdasarkan Buku SENI KRAF BATIK PEWARNAAN ASLI, kreativiti merupakan:


1. Keupayaan/ kemampuan

Definisi mudahnya ialah: keupayaan untuk:
  • Keupayaan untuk membayangi/ imaginasi atau penemuan sesuatu yang baharu.
  • Keupayaan untuk menjana idea baharu dengan cara:

- Menyatukan

- Menukar/ merubah

- Mengaplikasikan semula idea sedia ada


2. Sikap

Kreativiti juga merupakan sikap:

  • Keupayaan untuk menerima perubahan dan pembaharuan
  • Bersedia untuk bermain dengan idea-idea dan pelbagai kemungkinan
  • Fleksibiliti, iaitu mempunyai kecenderungan untuk menyukai sesuatu yang baik dan mencari jalan memperbaikinya lagi

3. Proses

Orang yang kreatif sentiasa bekerja keras secara berterusan untuk memperbaiki idea dan keputusan permasalahannya dengan membuat penambahbaikan secara berterusan. ia memperhalusi kerja-kerjanya dan tidak cepat berpuas hati dengan apa yang dihasilkan.

Orang yang kreatif sedar bahawa ruang untuk memperbaiki apa sahaja yang dihasilkan sentiasa ada.

Berdasarkan tiga aspek di atas, sekurang-kurangnya setiap tindakan kita dalam meneroka dan mengkaji sumber alam misalnya sebagai bahan untuk berkreatif tertakluk kepada batasan dan panduan yang menggerakkan kita ke arah bekerja dengan berhemah. idea yang diperolehi dari sumber alam digunakan dengan pertimbangan kesedaran bahawa setiap satu amat berharga. justeru kita tidak akan sewenang-wenangnya rakus dalam penggunaannya.

Usaha pendokumentasian bahan dilakukan melalui tiga aspek kreativiti tersebut secara sedar untuk menjamin bahan yang dihasilkan bermutu, benar, asli. Seni dapat memperkasa dan mencabar kehidupan seseorang. Interpretasi terhadap alam sekeliling membuka luas ruang kreativiti manusia. Percubaan-percubaan kreatif dan kemungkinan-kemungkinan unik berhubungan dengan persekitaran kehidupan kita diharungi dengan berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Kreativiti menuntut komitmen yang berterusan dan memperhalusi setiap cetusan idea-idea dan usaha penyelesaian masalah. Secara kritisnya, bahan yang diperolehi dari hasil sumber asli dikaji dan diciptakan formula untuk menjamin mutu dan ketahanan serta kesan bila diaplikasikan pada mana-mana permukaan.

Rujukan:

Dzul Haimi Md. Zain & Zakaria Ali (peny.), 2009. Seni Kraf batik Pewarnaan Asli. Selangor: Institut Kraf Tangan Negara.

Mari Belajar Melukis Animation (Kartun) ! ! !

Posted by SUEHAiNA On Monday, March 29, 2010 0 comments

Mari Belajar Melukis Potret ! ! !

Posted by SUEHAiNA On Monday, March 29, 2010 0 comments

iKAN DUyUNG...

Posted by SUEHAiNA On Wednesday, March 24, 2010 0 comments

Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV)

Posted by SUEHAiNA On Thursday, February 18, 2010 0 comments

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK).


Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil
kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.


MATLAMAT


Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


OBJEKTIF


Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan,3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.


ORGANISASI KURIKULUM

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni.


Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif, b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, c. apresiasi seni visual secara mudah, d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.


Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

Sumber: Dipetik daripada BLOG Panitia Pendidikan Seni SK Senai.

VIDEO PENDIDIKAN SENI VISUAL

Posted by SUEHAiNA On Wednesday, February 17, 2010 0 comments

PAMERAN SOLO DR. AHMAD SUHAiMi Di UPSi - OKTOBER 2008

PROJEK ASAS SENI REKA

C. MONET & V. V. GOGH

MARi BELAJAR MELUKiS LUKiSAN PERSPEKTiF 1 TiTiK LENYAP

MARI BELAJAR MELUKiS LUKiSAN PERSPEKTiF 2 TiTiK LENYAP

GUNA PEN & MARKER LUKiS POTRET

    Powered By Blogger

    ADAKAH ANDA FIKIR BLOG INI BERMANFAAT?